Rahsia dan Teknik Ebay

Wednesday, November 26, 2008

Kepentingan blogging dalam perniagaan internet

Blogging adalah konsep yang bermula pada akhir 90-an (kalau tak silap saya la :)). Ianya bermula sebagai antara cara untuk memberi komen terhadap sesebuah laman web dan juga memberi peluang kepada pelawat untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

Apa yang dulunya bermula hanya dengan komentar satu perenggan telah berevolusi menjadi halaman demi halaman dan wadah untuk seseorang menumpahkan fikirannya. Secara tidak langsung, perkembangan dunia blogging juga sedikit sebanyak telah membantu perkembangan bidang pemasaran internet. Antara sebabnya ialah:

#1 - MUDAH. Ianya tidak memerlukan kemahiran atau skil yang tinggi. Asalkan anda boleh membaca dan menaip - atau sekurang-kurangnya anda tahu klik pada tetikus (mouse). Anda umpama mempunyai sekeping kertas di alam maya dan menulis tentang ide, pengalaman, produk terbaru untuk dikongsi bersama dengan para pelawat dan pembaca. Jadi andai anda mempunyai PC dan sambungan internet, anda boleh blogging dan mengiklan melaluinya.

#2 - PERCUMA. Jika anda baru berjinak-jinak dan ingin membiasakan diri dengan blog, saya cadangkan anda gunakan Blogger.com. Oleh kerana percuma, biasanya blog anda akan memaparkan iklan-iklan dari pihak ketiga. Walau bagaimanapun sekiranya anda serius untuk menjana pendapatan melalui blog, sebaiknya anda gunakan Wordpress kerana selain mudah untuk digunakan, ianya juga mempunyai banyak plugin dan reka bentuk yang boleh anda pilih mengikut selera anda. Cuma anda perlu melabur sedikit untuk hosting.

#3 - AUTENTIK. Pada zaman ini di mana banyak iklan dipaparkan di pelbagai media, kita sering tertanya tentang apa yang diwarwarkan oleh pengiklan. Tetapi melalui blog, kita boleh berkongsi pengalaman dan cadangan sebenar tentang sesuatu produk. Melaluinya anda dapat mengetahui samada produk tertentu itu bagus atau tidak. Saya pasti anda tentunya inginkan produk yang telah dicuba dan terbukti berbaloi memilikinya.

#4 - KREDIBILITI. Jika anda sudah biasa menulis dan berkongsi pengalaman anda di blog, lama-kelamaan pembaca akan menganggap anda sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan informasi tentang produk yang berkaitan. Anda menjadi pakar tentang subjek yang dibincangkan. Hasilnya, semakin ramai yang melawat blog anda kerana kredibiliti tadi. Blogger lain juga menghubungkan blog mereka dengan blog anda. Jumlah pelawat yang banyak akan mendorong pihak tertentu untuk mengiklan di blog anda, sekaligus menjana pendapatan buat anda.

Yang pastinya, blogging bukan sahaja memberi kesan positif terhadap perniagaan internet anda, malah memberi nilai tambah kepada laman web yang sedia ada.

No comments:

Kedai Online