Rahsia dan Teknik Ebay

Wednesday, December 3, 2008

I dont know what i should do know...:-(

Today is wednesday..
everything has gone by remaining in my memory..
but until know i still dont know..
dont know what?i am asking myself..
everyday i always thinking about this thing;

" How can i get money from internet?.."

i tried 2,3 method, but still failing...
i try to give up, but the successor said " never give up "..
i dont know anything..
should i continue this?..
or just give up here...

Tuesday, December 2, 2008

Jom Cari Duit Sampingan di Internet

Pada kali ini, saya akan memeberikan anda beberapa tips serta panduan mudah yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan RM1 anda yang pertama dari internet. RM1 yang pertama ini sangat penting, kerana, untuk mendapatkan RM1 juta dari internet, ia perlulah dimulakan dengan RM1. Saya masih lagi ingat sewaktu saya menerima RM1 saya yang pertama dari internet, saya hampir tidak dapat tidur dan sanggup menunggu di depan komputer berjam-jam lamanya tanpa berganjak untuk melihat RM yang berikutnya masuk ke dalam akaun bank saya.

Baiklah, tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa kaedah mudah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan RM1 yang pertama anda dari internet.

1) Blog + Google Adsense (Meter cabaran: 5)
Binalah satu blog yang boleh anda hasilkan secara percuma di blogger atau blogdrive atau wordpress. Tulis mengenai sesuatu topik yang anda minati seperti bowling, memancing, berkelah, mendaki gunung, kereta, futsal dan sebagainya. Kemudian, mohon akaun google adsense dan masukkan iklan google tersebut ke dalam website anda.

2) Program Affiliate (Meter cabaran : 2)
Daftar mana-mana website yang menawarkan program affiliate percuma seperti maskahwin.com, ideabisnesluarbiasa.com, gedungkristal.com dan sebagainya. Dapatkan url agen anda dan mulakan promosi di forum, yahoogroup, chat room, serta email. Namun begitu, perlu diingat… jangan sekali-sekali membuat spam. Buatlah promosi dengan cara berhikmah dan bertertib.

3) Ebay & Lelong (Meter Cabaran :3)
Cari barang-barang terpakai di rumah anda yang tidak anda gunakan lagi seperti handphone, tikar sarawak, kamera lama, action figure, komik & majalah, buku-buku rujukan di universiti, CD game, dan sebagainya. Ambil gambarnya, dan jualkannya di lelong atau ebay. Jika anda tidak mempunyai barang terpakai di rumah anda, sila cari dirumah jiran anda. Cuba selama beberapa minggu dengan kaedah serta stail jualan yang berbeza. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda dapat membuat sedikit kajian dan study bagaimana untuk berurusniaga di lelong atau ebay ini.

Jadi, itulah antara beberapa kaedah mudah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan RM1 yang pertama anda dari internet. Untuk makluman anda, semua kaedah diatas boleh anda lakukan tanpa mengeluarkan wang sesen pun sebagai modal. Anda boleh lakukannya tanpa perlu mempunyai website dan nama domain. Setelah anda berjaya mendapat wang dengan melakukan kaedah di atas, maka wang tersebut bolehlah anda gunakan untuk dijadikan modal untuk bisnes internet anda seterusnya dengan membeli nama domain dan webhosting yang pertama anda.

Sekian, Salam cyber dari saya.
Wassalam.
Mohd SUhaimy a.k.a shuth

P/s: Meter cabaran adalah antara 1-5, semakin besar meter cabaran, ia semakin sukar untuk mendapatkan wang.
Kedai Online